Berita baik untuk penyewa rumah

Adakah anda sedang menyewa atau mencari untuk menyewa? Jika Ya, ini khabar gembira untuk anda.

Menurut akhbar The Star, Sewa yang dikenakan untuk unit-unit kondominium dijangka menurun sebanyak 20% hingga 40% disebabkan oleh lebihan bekalan: kerana banyaknya unit akan siap dan sedia untuk didiami, pembeli akan mendapati sukar untuk menjual unit mereka untuk harga yang baik dan keadaan ini memaksa mereka untuk menyewakan rumah dengan harga yang lebih rendah daripada harga pasaran yang biasa.

Menurut Siva Shanker, bekas presiden Institut Ejen Haratanah Malaysia (MIEA), keadaan ini berlaku kerana:

  • Pada tahun 2012, 2013 dan 2014 banyak hartanah dibeli atas sebab spekulasi oleh mereka yang mahu flip-iaitu menjual sebaik sahaja unit siap untuk didiami.
  • Ramai pembeli rumah membeli atas sebab terpengaruh dengan Pakar Hartanah yang boleh dipersoalkan kredibiliti dan kepakarannya.
  • Mereka menyatakan jika anda membeli satu unit berharga RM600,000 maka setelah unit siap anda boleh menjualkannya dengan harga RM900,000 dalam masa tiga tahun.
  • Pembeli membayangkan keuntungan RM300,000 atas angin. Sesetengahnya membeli dengan mengambil kesempatan kemudahan DIBS (Developers Interest – Bearing Scheme) dan 100% pembiayaan, walaupun pada hakikatnya mereka tidak mampu.
  • Kebanyakkan projek kondominium yang dibeli pada tahun 2012 dan 2013 ini akan siap pada tahun 2016 dan 2017.
  • Dengan kejatuhan ekonomi, ketidaktentuan politik dan regulasi bank yang semakin ketat, pemilik rumah yang merancang untuk menjual segera (flip) akan mendapati sukar mencari pembeli walaupun mereka menurunkan harga.
  • Bank tidak akan peduli tentang keadaan situasi pasaran hartanah dan pembeli tetap perlu membayar komitmen hutang pembiayaan rumah tersebut.
  • Sesetangah pembeli mungkin terpaksa kehilangan hartanah tersebut disebabkan oleh NPL, sesetengah yang lain boleh memmbayar komitmen dengan bank dan sebahagian yang lain memilih untuk menyewakan unit mereka dengan harga yang rendah.
  • Pemilik rumah mungkin terpaksa menurunkan harga sewa sehingga RM1500 sebulan daripada RM3500 sebulan.
  • Walaubagaimanapun menurut Siva, pasaran yang paling terjejas adalah kepada kategori kondo yang lingkungan harga RM500,000 – RM800,000,SoHo, SoVo dan SoFo.
Laporan Pasaran Hartanah
Laporan Pasaran Hartanah

Artikel penuh boleh anda baca di The Star