Kereta 'Back to the Future'? Please believe it. This is in Zurich year 2008.

Kena Tahan di Lapangan Terbang Frankfurt.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Tidaklah mereka menjelajah di muka bumi, supaya mereka mempunyai hati yang dapat memikirkan atau telinga dapat digunakan untuk mendengar? Kerana sebenarnya bukan mata yang buta, tetapi yang buta ialah hati dalam dada.” (Surah al-Hajj, ayat 46)

Sampai di Lapangan Terbang Frankfurt, German jam 8 pagi hari Ahad. Kami tak tidur di Frankfurt, kami di sini hanyalah untuk transit ke Zurich. Tahun-tahun sebelumnya semasa emak dan ayah mula-mula ke Swiss, penerbangan MAS terus ke Swiss. Tapi pada tahun kami pergi laluan tersebut telah dihentikan. Jadi kami terpaksa ke Frankfurt dahulu.

Bulan Mei di Eropah adalah musim Spring iaitu, musim selepas habis musim sejuk dan hampir masuk ke musim panas. Keadaan cuaca masa itu lebih kepada dingin. Angin lalu terasa sampai ke tulang. Saya ada bertanyakan kawan yang sedang belajar di Eropah ketika itu, kalau Spring di sana nak bawa wind breaker ke? Kawan jawab, “Tak payahlah, bukan sejuk sangat pun. Light jacket aje.” So bila kawan kata bawa light jacket je, dalam fikiran kita suhu mesti macam di Cameron Highlands. Masa sampai sana, Cameronlah sangat! Kawan kita tu dah hampir lima tahun di Paris, agaknya dah ‘kebal’ dengan cuaca sana. So I’ve asked a ‘wrong person’ about weather. Kita yang baru sampai rasa sejuk macam duduk dalam peti ais. Semasa Spring, waktu siangnya adalah lebih panjang daripada malam. Sampai di Frankfurt jam 8 pagi tetapi keadaan masa itu seperti jam 12 tengah hari. Matahari dah terpacak tinggi atas kepala bezanya, dingin! Amazed sekejap! OK, perkara pertama belajar tentang perubahan masa.

Selepas ambil beg, semasa hendak berjalan ke Imigresen, emak, ayah dan adik perempuan saya berjalan di hadapan. Saya dan adik lelaki berjalan santai tidak jauh dari mereka. Nampaklah dua orang polis tempatan memandang kepada kami berdua. Saya berasa tak sedap hati, sebab orang Eropah memang ‘takut’ dengan orang yang memakai tudung seperti saya, dan berjambang seperti adik lelaki saya. Tepat sangkaan saya, kami ditahan! Sudahlah ditahan, tanya dengan kasar pula. “Where are you both going?”. Dengan tenang. “Basel to Zurich.” “What is in the bag?.” OK, saya sudah panas hati. Saya mudah naik marah bila perkara nonsense berlaku. Sah! Ini mesti nak syak wasangka kami berdua ni pengebom berani mati. Cuba bertenang, “You can check them if you want to. But these two bags has passed through the check-point.” Masing-masing diam, mungkin fikir ada logik kata-kata saya lalu kami dilepaskan. Suspen juga, silap hari bulan mereka boleh cari pasal dengan kita dengan create stories sampai kami terpaksa ditahan untuk siasatan pula. Alhamdulillah tiada apa-apa.

Sekarang nak cari kaunter beli tiket kereta api ke Zurich. Kalau di Malaysia orang kita terkenal dengan sifat ramah tamahnya. Tapi kalau di German orangnya garang cuma nasib baik tak kejam macam Nazi, pengaruh Hitler agaknya. Serius, kita tanya di mana kaunter tiket untuk kali kedua nak dapatkan kepastian, pegawai lapangan terbang jawab, “Why? You don’t believe me?”, dengan nada tinggi. Emo sungguh orangnya. Jadikan cabaran pertama di negara orang. Nanti dah balik ke Malaysia, sila jangan buat perangai macam itu. Ambil iktibar (Pelajaran pertama).

Kepenatan, selepas beli tiket tunggu keretapi datang. Sedang duduk menunggu saya disapa oleh dua orang Mat Salleh. Masa itu saya tengah menguap rasanya. Mereka tanya. “Where are youbcome from?”. “I’m from Malaysia.” Dengan yakin menjawab sebab mesti mereka tahu di mana Malaysia. “Where is it?”. Mereka tanya Malaysia di mana. Masa itu tahun 2008, Facebook (nak juga kan sebut Facebook) dan rangkaian carian internet belum ada sepenuhnya, jadi kita tak accessible macam sekarang. Sekarang, maklumat di atas tangan, dihujung jari! (macam iklan rangkaian jalur lebar pula). Saya pernah dengar kawan-kawan saya yang di luar negara bagi tahu, kebanyakan mereka tak tahu Malaysia tapi tahu Kuala Lumpur. Pula dah! Ibu negara tahu, negara tak tahu. Saya pun jawab, “If you ever heard about our capital city Kuala Lumpur?”. “Yes!!! Kuala Lumpur!.” Tak borak banyak kereta api mereka tiba dahulu.

Two friendly American guys.
Two friendly American guys.

Keretapi kami sampai selang beberapa minit. Masuk tengok interior cantiknya! Ini keretapi ke syarikat hiasan dalaman! Free seat jadi saya pilih untuk duduk di tepi tingkap, my favorite seat view. Hari ini hari Ibu. Saya awal-awal dah bawa kad Mother’s Day dari KL yang dah siap-siap ditandatangani oleh semua adik-beradik termasuk abang yang tak dapat sertai trip kami. Emak sangat terharu dengan surprise yang kami beri!

Emak terharu dapat Mother's Day card. Ingat orang lupalah tu!
Emak terharu dapat Mother’s Day card. Ingat orang lupalah tu! Tengok interior keretapi, cantik kan?

Sambung duduk melihat pemandangan. Keretapi lalu di kawasan pedalaman di Frankfurt. Cantik menghijau. Perjalanan mengambil masa 1 jam ke Basel sebelum transit keretapi ke Zurich. Sampai di Basel, naik keretapi sampai ke Zurich. Nak kena beli Euro Pass untuk sebulan. Euro Pass ini adalah idea yang sangat bagus untuk pelancong-pelancong yang melancong ke Eropah. Beli pass tersebut untuk sekian tarikh, gunalah naik semua keretapi di negara-negara Eropah! Tak perlu beli tiket setiap kali nak naik keretapi. Di sana banyak jenis syarikat keretapi. Keretapi untuk pedalaman, bandar dan juga keretapi laju.

Post akan datang: Bermulalah perjalanan kami ke Switzerland dan bermulalah juga cabaran mencari makanan halal yang pertama.

train-station-zurich
Zurich train station.

Published by

Hasz Hassan

Seorang yang sukakan cabaran. Tetapi apabila cabaran datang, pening kepala. Selalu ingin jadi lain daripada yang lain. Seorang yang menghargai seni. Berpeluang melancong ke beberapa negara di Eropah, Thailand, Singapura dan Indonesia. Hidup berprinsipkan 'kalau tidak cuba tidak tahu apa akan berlaku' yang dahulunya tidak terfikir akan mempunyai syarikat sendiri kini telah mempunyai 'design house' yang telah beroperasi selama tiga tahun. Dengan rendah diri, semoga kisah-kisah yang dikongsikan dapat memberi inspirasi kepada yang membaca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *