Impian Ingin Membeli SWATCH di Switzerland Tercapai di Geneva.

“What you seek is seeking you.”
― Rumi

Selepas berada dua hari di Lugano, kami berpindah ke hotel kedua kami di Interlaken. Interlaken terkenal dengan tempat tarikan pelancongan nya yang dikelilingi dengan sungai, tasik juga gunung-ganang. Interlaken mempunyai dua stesen kereta api iaitu Interlaken Ost dan Interlaken West. Jadi kalau anda ingin ke Interlaken, pastikan sama ada ia OST atau West. Kerana penduduk tempatan tidak dapat membantu anda jika anda sendiri tidak pasti. Hotel kami menginap berada di Interlaken West.

Perkhidmatan kereta api di Swiss sangat menepati masa. Mereka tidak akan menunggu sesaat pun untuk kita, apabila sampai waktunya pintu-pintu kereta api akan tertutup rapat. Rakyat mereka sangat berdisiplin dalam menepati masa. Sejak berada di Interlaken, kami mula belajar tentang waktu ketibaan kereta api untuk merancang setiap perjalanan akan datang. Oleh kerana kereta api ke Interlaken terbahagi kepada dua stesen, membuatkan kami mengalami kesukaran untuk memahaminya.

Hari pertama kami sampai di stesen kereta api Interlaken West, semasa saya dan Hafiz sedang bersungguh-sungguh meneliti jadual ketibaan kereta api kami telah disapa oleh suara seorang wanita di belakang saya, “Excuse me, do you speak English?.” Wanita berambut panjang dan berwarna perang berumur lingkungan 25 tahun. Saya menjawab ya. Pada mula nya saya menyangkakan dia mahu bertanyakan sesuatu daripada saya dan saya menjangkakan dia juga seorang pelancong. Wanita tersebut sambung, “Great! I can guide you how to understand the timetable.” One more good attitude to adapt. Balik Malaysia nanti nekad saya akan membantu sesiapa yang kelihatan terpinga-pinga ketika mahu menaiki kenderaan awam (Pelajaran keempat). Selepas mengucapkan terima kasih kepada wanita tadi, kami sekeluarga secara tidak langsung telah pun ‘menjadi’ warga negara Switzerland. Sudah faham meneliti jadual kereta api untuk 14 hari akan datang di Swiss! Tour like a boss!

Hotel kami menginap di Interlaken terletak di antara deretan kedai-kedai cenderahati. Ia merupakan satu pekan kecil tetapi meriah dengan aktiviti-aktiviti manusia. Naik ke atas selepas daftar masuk seperti biasa tidak sabar untuk melihat bilik. Dengan perasaan yang penuh keterujaan, kami masuk ke bilik dan gembira melihat bilik yang luas dengan balkoni menghadap gunung dan kedai-kedai. Ada ketika nya kami berpeluang melihat sekumpulan pelancong yang sedang ‘paragliding’ turun dari gunung berhampiran. Kembali kepada cerita bilik, cuma satu masalah, bilik tiada tandas! Mana pintu tandas? Eh, takkan lah nak mandi atau buang air kena keluar dari bilik, fikir saya. “Mak, bilik kita takde tandas!.” “Mak tempah hari tu orang hotel cakap memang ada tandas. Takkan la takde tandas?”. Dah la masuk bilik dengan perasaan yang sangat teruja, sampai pintu bilik tak ditutup. Saya pun kembali ke hadapan untuk menutup pintu, rupa-rupanya pintu tandas di sebalik pintu hadapan! Ada tandas rupanya. Boleh pula ‘tersorok’ di belakang pintu lain. Lega semula.

Hari pertama di Interlaken kami hanya berjalan-jalan di sekeliling hotel sahaja. Saya masuk hampir setiap kedai cenderahati, hanya membeli untuk diri sendiri dan teman-teman rapat sahaja kerana terlalu mahal. Saya akan membeli banyak cenderahati di Paris nanti kerana di sana agak murah dan boleh dibeli secara banyak. Mujur saya sudah membuat sedikit rujukan tentang ini daripada kawan di Paris sebelum saya ke sini. Bagi Hafiz Interlaken adalah ‘Bandar mati bila malam.” Kedai tutup seawal jam 5 petang. Malam tiada apa-apa aktiviti yang boleh dilakukan di sini. Penduduk tempatan tidak bersosial di luar selepas habis waktu kerja, mereka hanya menghabiskan masa di rumah bersama keluarga. They are family type of people. Saya dan Hafiz sangat adventurous. Setiap malam kami berdua akan turun ke bawah hanya dengan pijama, sweater dan berselipar berjalan jauh dari hotel tanpa arah untuk melihat kawasan sekeliling. ‘Orang Kuala Lumpur’, dah biasa tidur lewat malam apabila di bandar sepi memang mati akal.

Esok nya kami ke Geneva. Geneva adalah sebuah bandar raya global, pusat kewangan, dan pusat di seluruh dunia untuk diplomasi kerana adanya pelbagai organisasi antarabangsa, termasuk ibu pejabat banyak agensi-agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Palang Merah. Geneva adalah bandar yang menjadi tuan rumah yang paling banyak organisasi antarabangsa di dunia. Ia juga merupakan tempat di mana Konvensyen Geneva telah ditandatangani.

Pada mulanya kami merancang untuk makan tengahari bersama kawan ayah yang bertugas di Geneva, tetapi terpaksa dibatalkan pada saat akhir kerana beliau ada hal kerja yang tak dapat dielakkan dan berjanji akan bertemu kami kemudian. Aktiviti yang kami lakukan di Geneva ialah membeli belah. Di sini lah saya mula tahu tentang H&M, terlalu banyak H&M di sana. Sebelum ke Switzerland, saya sudah memasang cita-cita jika berpeluang ke sana saya akan membeli jam tangan SWATCH. Ketika itu saya hanya berusia 15 tahun. Segalanya bermula ketika ayah membelikan saya seutas jam SWATCH yang pertama kerana saya mendapat keputusan baik dalam peperiksaan. Pada jam SWATCH tersebut tertera perkataan ‘MADE IN SWISS’. Terus memasang impian, ‘Kalau dapat ke Swiss memang nak beli SWATCH kat sana!’. Impian saya tercapai selepas 12 tahun kemudian yang pada ketika itu saya sendiri tidak tahu realistik kah impian saya itu, ‘Bila pula aku nak ke Switzerland? Macam mana nak ke sana?.’

So, be careful what you wish for! Kan dah tercapai! Nasib baik doa yang baik-baik. Jangan cepat putus asa, tanamkan impian walaupun anda rasa mustahil untuk dicapai, yakinkan dalam hati anda. Impian yang dipasang dengan kuat selalunya akan membawa anda untuk mencapainya.

Hujan turun dengan lebat beberapa jam kemudian. Saya dan Hafiz terpisah dengan mak, ayah dan Fiza. Saya dan Hafiz masuk ke dalam kedai untuk berlindung seketika. Ketika itu saya disapa oleh seorang lelaki, “Kamu dari Indonesia?” Tanya nya dalam loghat Indonesia yang pekat. Mungkin dia melihat saya orang Asia dan memakai tudung fikirnya saya dari Indonesia. Saya boleh bercakap dalam bahasa Indonesia dengan agak fasih kerana saya ada kawan rapat di Bandung. Saya juga sudah biasa menjadi pemandu pelancong kepada kawan-kawan yang datang dari sana semasa mereka bercuti ke Malaysia. Memandang ke muka lelaki tersebut, “Ga. Saya dari Malaysia. Datang main ke mari sama keluarga.” Lelaki itu sambung, “Oh, maaf. Saya fikir kamu dari negara saya. Kamu bisa berbahasa Indonesia?” Kami berbual hanya sebentar sebelum dia meminta izin untuk beredar. Saya pula menghubungi ayah bertanyakan di mana mereka bertiga berada. Apabila hujan berhenti, kami mencari makan di restoran milik seorang Pakistan. Kebab menjadi makanan kami pada hari itu. Kebab yang pertama di Eropah.

Post akan datang: Perjalanan ke Grindelweld dan Terbeli Air Ganja di ‘Vending Machine’.

Jualan Langsung: Bagaimana Pengguna Boleh Selamatkan Diri Daripada Ditipu.


PENGGUNA: KETAHUI HAK ANDA

“Tahniah, encik adalah salah seorang yang terpilih memenangi cabutan bertuah.”

Pernah kah anda mengalami keadaan sedemikian? Setelah ditolak, penjual masih meneruskan bercakap dan mengikuti anda. Sasaran mereka kebiasaannya adalah warga emas dan wanita. Kebanyakan jurujual jualan langsung ini mempunyai teknik tersendiri. Selalunya, mereka bercakap tanpa henti dan menunjukkan risalah-risalah yang mengandungi testimoni kononnya orang yang telah memenangi hadiah tersebut.

Walaupun anda menolak tawaran mereka, mereka menyatakan hadiah-hadiah tersebut adalah diperoleh daripada penebusan ‘point’. Bagi yang mudah percaya, akan akur untuk bersetuju kerana tiada pembayaran perlu dibuat. Jurujual akan meminta kad kredit anda bagi tujuan untuk menebus ‘point’. Perlu di ingat, penolakan ‘point’ daripada kredit kad anda tidak boleh dibuat oleh pihak lain selain pihak bank sahaja.

Jangan sesekali beri kad kredit anda kepada penjual ini!

Anda tidak sedar bahawa duit anda ditolak sehinggakan pulang ke rumah. Apabila melihat semula resit-resit yang ditandatangani, termasuk ada menerima ‘merchant copy’. Anda tidak menyedari, penjual telah caj kredit kad anda tanpa izin. Adakah sudah terlambat untuk anda mendapatkan semula wang anda?

Jangan panik, perkara pertama yang perlu anda tahu sebagai hak anda ialah, semua perjanjian jualan langsung adalah tertakluk kepada ‘cooling-off period’ selama 10 hari. Ramai pembeli daripada syarikat jualan langsung tidak mengetahui terma ini.

Tujuan ‘cooling-off period’ dalam Seksyen 25 Akta Jualan Langsung itu adalah untuk membolehkan pengguna mengkaji apa-apa cadangan atau barangan yang telah dibeli. Ini bermakna pengguna berhak membatalkan perjanjian yang telah ditandatangani jika berasa ragu-ragu atau tidak berpuas hati. Tempoh itu memberikan hak kepada pengguna untuk membatalkan apa-apa urusan pembelian.

Jika pengguna menghadapi sebarang masalah, LANGKAH PERTAMA yang perlu diambil adalah supaya berusaha untuk selesaikannya dengan syarikat yang berkenaan. SEKIRANYA GAGAL, buat aduan kepada Bahagian Perdagangan Dalam Negeri dan Bahagian Penguatkuasa Perdagangan Dalam Negeri, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna atau Persatuan Pengguna mahupun Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC). Selain itu untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai syarikat jualan langsung anda boleh juga berhubung dengan Persatuan Jualan Langsung Malaysia.

Denda akan dikenakan bagi barangsiapa yang melanggar peruntukan-peruntukan di bawah Akta ini atau Peraturan-Peraturan yang baginya tiada denda diperuntukkan dengan nyata. Bagi pertubuhan perbadanan boleh didenda tidak melebihi RM250,000.00 dan, bagi kesalahan yang kedua atau yang berikutnya, denda tidak melebihi RM 500,000.00. Bagi orang perseorangan, denda adalah tidak melebihi RM 100,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya dan bagi kesalahan kali yang kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi RM 250,000 atau dipenjarakan tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya.

PENJUAL: JANGAN ABAIKAN SUARA PENGGUNA ANDA

 “Customers are now in charge. They can be heard round the globe and have and impact on huge institutions in an instant.”muka surat 3, What Would Google Do?

Impak Terhadap Perniagaan Anda Apabila Pelanggan Bersuara.

Kebanyakan jurujual dengan angkuh tidak mahu melayani pembeli yang sudah menyedari diri mereka sudah ditipu. Berjanji akan memulangkan wang tersebut dalam masa yang dijanjikan tetapi kebanyakannya semua janji palsu. PENJUAL, JANGAN AMBIL RINGAN SUARA PENGGUNA. Suara seorang pengguna sahaja boleh menyebabkan bisnes anda lingkup.

Saya bawakan kisah DELL sebagai contoh. Siapa yang tidak kenal komputer DELL? sebuah nama besar dalam penjualan komputer. Mahu kah mereka mendengar rungutan pengguna seperti kita yang seorang ini? Adakah kita sebagai pengguna terpaksa menanggung dengan redha apa yang berlaku dek kerana kita sudah tidak mungkin boleh lagi mendapatkan hak kita?

Di muka surat 12, dari buku What Would Google Do? ada dikongsikan tentang pengalaman penulis, Jeff yang tidak berpuas hati kerana kakitangan DELL tidak mahu melayani rungutan beliau terhadap barangan dan servis dari syarikat tersebut.

Setelah Jeff menghadapi pelbagai cabaran untuk menyelesaikan masalah beliau dengan DELL dan masih tidak menemui jalan penyelesaian, beliau mula menulis tentang kekecewaannya di blog beliau pada Jun 2005 di bawah tajuk, “DELL Sucks.” Beliau menceritakan bagaimana teruknya servis yang beliau terima daripada DELL. Kemudian sesuatu yang tidak dijangka berlaku, bermula hanya sedikit kemudian ratusan akhirnya ribuan orang pembaca respon kepada post beliau. Ada yang ‘link’ kepada blog beliau dan ia mula berkembang sehinggakan ada yang mewujudkan kelab ‘fan’ Anti-Dell. Tidak lama selepas itu post blog tersebut muncul dalam carian tertinggi di Google untuk pencarian mengenai DELL. Perbualan mengenai tentang post blog tersebut telah mula menyebabkan ramai pengguna hilang kepercayaan kepada DELL.

Adakah DELL membaca baca blog? Adakah perkara ini didengari?

Segala-galanya bermula apabila penjual tidak mahu mendengar rungutan pelanggannya.

Ada yang menyalahkan post Jeff itu, kononnya kerana post tersebut DELL mengalami kerugian. Jeff menegaskan dia tidak berniat untuk menjadikan DELL seperti itu, dia hanya mahu bersama-sama pelanggan DELL yang tidak berpuas hati untuk tampil berani menyuarakan hak bersuara mereka.

“You didn’t just lose PC sales and me as a customer. Today, when you lose a customer, you don’t lose just that customer, you risk losing that customer’s friends. And thanks to the internet and blogs and consumer rate-and-review services, your customers have lots and friends all around the world.” – muka surat 15, What Would Google Do?

 Nasihat Jeff kepada DELL dengan empat tips mudah:

  1. Baca blog – carian mengenai DELL dan baca segala apa yang pengguna katakan tentang anda. Anda perlu membaca dan mendengar.
  2. Bercakap dengan pelanggan-pelanggan anda. Mereka mahu dilayani setimpal dengan
    apa yang mereka bayar. Tanya pendapat pelanggan, apa yang anda patut lakukan untuk mereka.
  3. Blog – Ia akan menunjukkan yang anda bersifat terbuka dan tidak takut untuk berhadapan dengan pelanggan-pelanggan anda.
  4. Dengar segala rungutan dan akui segala kelemahan. Tingkatkan kualiti dan kami akan bantu. Hasilkan komputer yang lebih baik.

Penulis pada mulanya merasakan cadangan beliau tidak akan dilayan. Tetapi lapan bulan kemudian, dalam bulan April 2006, DELL mulai laksanakan cadangan yang penulis berikan. ‘Technical Support Staff’ telah diwujudkan. Bulan Julai tahun tersebut DELL telah mulakan blog sendiri, Direct2Dell. Pada Februari 2007, IdeaStorm telah dilancarkan di mana ia adalah satu laman web untuk pelanggan memberitahu apa yang DELL patut lakukan, berbincang dan mengundi idea kegemaran komuniti.

“Though we in business have said for years that the customer know best and that the customer is boss, now we have to mean it. The customer is in control. If the customer isn’t in control, there be hell to pay. YOUR WORST CUSTOMER IS YOUR BEST FRIEND.” – muka surat 20, What Would Google Do?

 Sumber rujukan:

  1. WHAT WOULD GOOGLE DO?; Jeff Jarvis
  2. Jualan Langsung: Pembeli Perlu Peka akan Haknya; Mastura binti Mohd Zain.

Milan dan Tandas Peliknya.

Selesai bersarapan di hotel di bandar Lugano, kami mengambil keputusan untuk melihat “sekeliling” hotel sebelum menaiki kereta api ke Milan. Lugano bersempadan dengan Milan, Itali dan disebabkan itu kami mengambil keputusan untuk bermalam di Lugano.

Kenapa saya katakan “sekeliling” hotel dengan inverted comma? Ini kerana pada mulanya kami fikir Lugano adalah padang jarak padang tekukur. Pada hari terakhir sebelum kami check-out barulah ‘discover’ ia adalah kawasan yang ‘happening’. (Link cerita penuh post sebelum ini).

in-the-glass-box

Ini ialah saya sedang duduk menunggu ketibaan kereta api. Kotak kaca ini bukanlah ‘bilik untuk merokok’ seperti yang ada di beberapa pusat membeli belah di Malaysia. Sepanjang saya berada di Swiss saya tidak nampak penduduk mereka merokok di tempat-tempat awam. Kotak kaca ini adalah ‘bilik’ untuk kita mengelakkan diri daripada kesejukan di luar. Ya, sangat awesome bukan? Pada mulanya saya juga menyangkakan ia bilik untuk merokok. Tetapi apabila kebanyakan mereka masuk hanya untuk membaca suratkhabar dan ada yang duduk sahaja, saya cuba masuk ke dalamnya. Dalam bilik terasa suam dan setelah beberapa saat berada dalam bilik tersebut dapat mengembalikan semula rasa selesa terutama kepada mereka yang tidak sukakan kesejukan seperti saya.

on-the-train-to-milan

Perjalanan ke Milan melalui kawasan Lugano memperlihatkan tasik besar yang sangat indah. Di atas kereta api kami hanya melayani pemandangan yang menghijau di kiri kanan. Ada surat khabar yang diberikan secara percuma tetapi dalam bahasa Itali. Tergeliat lidah cuba membaca. Hanya setakat melihat gambar-gambar dan iklan. Konsep dan idea iklan yang menarik saya akan simpan untuk dibawa pulang begitu juga dengan risalah-risalah ‘packaging’ gula dan teh, resit-resit dan tisu! (minta maaf awal-awal kepada yang bakal melancong dengan saya nanti sebab ada perangai ‘pelik’ ini).

Tiba di sempadan Itali, pegawai-pegawai Imigresen akan naik ke atas kereta api untuk memeriksa passport dan ‘chop’ passport kami. Situasi seperti inilah yang kami agak sukar berhadapan kerana kami perlu memberikan penjelasan kepada pegawai-pegawai Imigresen sejak mula tiba di Lapangan Terbang Frankfurt. Pada tahun 2008, passport Antarabangsa Malaysia adalah antara passport terawal di dunia yang menggunakan teknologi cip. Oleh sebab penggunaannya masih terlalu baru, maka kami terpaksa menjawab soalan seperti “Why your passport don’t have any stamps from your country?,” (seolah-olah kami pendatang haram pula). Ini kerana dari KLIA sebenarnya passport kami sudah disemak menggunakan sistem teknologi komputer. Jadi setiap kali diajukan soalan begini, kami terpaksa tunjukkan bahagian belakang dalam passport yang terdapat cip di situ. Meminta mereka untuk meletakkan jari di bahagian tersebut untuk merasainya. Selalunya mereka akan berpuas hati dan faham dengan penjelasan kami. Cumanya, setiap kali ditanya begitulah dialog sama yang kami hafal.

at-milan-station

Di Milan, kami tidak berjalan jauh dari stesen kereta api tersebut, kerana sebelum ke sini emak sudah membuat sedikit rujukan melalui beberapa artikel di mana sistem bas di sini tidak menepati masa. Ada yang terkandas selama tiga jam di bandar. Jadi kami berkeputusan untuk berjalan di kawasan berhampiran sahaja.

Letih berjalan, singgah minum di McDonald. Cantik hiasan dalaman McDonald, seperti berada di dalam restoran mewah. Saya hanya memesan kopi kerana saya kesejukan. Semasa kami sedang duduk menikmati minuman, kelihatan sesiapa yang bangun hendak meninggalkan meja masing-masing kesemua mereka akan meletakkan kotak makanan dan bekas minuman ke atas dulang dan membuang sendiri sampah ke dalam tong yang disediakan. Kemudian dulang akan diletakkan di atas tempat yang disediakan. (Pelajaran ketiga) Pada tahun 2008, amalan seperti ini masih belum dipraktikkan di Malaysia. Masih lagi tinggalkan sampah di atas meja dan membiarkan pekerja-pekerja yang membersihkannya. Melihatkan perkara yang baru berlaku di depan mata saya, membuatkan saya berasa kagum! You can do it yourself, walaupun ada pekerja yang boleh buat kerja itu. But this is a good attitude to adapt, you will learn to respect other people. Apa salahnya meringankan kerja orang? Orang kita kebanyakan susah untuk merendahkan diri untuk berbuat demikian. Saya akui saya juga pernah begitu. “Buat apa nak tolong kemas, kan ada pekerja. Habis tu buat apa dia orang dibayar gaji?”. I was like that too. And I can see how I don’t respect humans.

Selingan sedikit, apabila saya pulang ke Malaysia saya nekad untuk membuang sendiri bekas makanan saya. Kawan hampir menghalang, “Kenapa nak buat macam ni, biarlah pekerja yang buat.” Saya pun kongsikan pengalaman yang saya dapat semasa melancong. Baru kawan saya faham dan di antara ramai yang makan di situ, hanya kami berdua yang mengemas meja sendiri. Nampak pelik, tetapi di situlah boleh mendatangkan inspirasi kepada mereka yang melihat. Seperti yang saya dapat semasa di McDonald di Milan.

Berbalik kepada cerita di McDonald, selepas menghabiskan minuman dan mengikut langkah yang lain-lain mengemas meja sendiri saya pun ke tandas untuk mencuci tangan. Tandas cantik dan bersih seperti tandas di hotel mewah. Di tempat membasuh tangan, saya terpinga-pinga sendirian. ‘Macam mana nak basuh tangan, ada paip yang unik tetapi tiada air’. Saya tak jumpa bagaimana cara untuk mengeluarkan air daripada paip tersebut. Cuba letak tapak tangan di bawah paip, tiada air keluar. Tertunduk-tunduk saya mencari kepala paip di bawah hand basin. Kot-kot dia orang tutup air. Tak ada kepala paip. Jenuh memikir takkan ini smart pipe? Saya pun cuba tepuk tangan, kalau smart pipe mungkin air akan keluar setelah ditepuk. Masa itu tak ada orang dalam tandas, jadi saya tiada rujukan untuk dirujuk. Bab-bab teknikal ini saya memang agak lembab tetapi bab-bab buat perkara pelik serahkan kepada saya. Masih tidak ada air yang keluar tetapi ada sesuatu ‘benda’ di bawah hand basin tersebut di mana saya tak pasti apakah tujuan benda itu terletak di sana. Saya keluar dari tandas dan pergi semula ke meja. Adik lelaki ada di situ, “Apis, tadi kau cuci tangan tak kat tandas?.” “Haah cuci.” Saya tanya,” Apasal toilet aku takde air ye?”. Dia gelak, “Bawah hand basin tu kau nampak tak macam ada benda bulat? Kau tekan benda tu dengan kaki, macam kau pam air la, nanti air keluar bila kau pam dengan kaki.” Biar betul ??? Adik aku ni lagi teruk fikiran peliknya.

Dalam adik-beradik kami, saya sering ‘dibuli’ dengan kuiz-kuiz dan perkara teknikal. Saya tak suka perkara yang membabitkan ujian IQ. Saya akan ‘dibuli’ dengan diberi jawapan ‘palsu’ dan kemudian mereka akan membiarkan saya mempercayainya bulat-bulat. Bila saya dah percaya, dia orang akan bantai gelak.

Kali ini, Hafiz kelihatan serius. Saya pergi semula ke tandas dan buat seperti yang Hafiz terangkan. Tadaaa… Air keluar! Setiap kali tekan pam dengan kaki, air akan keluar. Saya pun berfikir sendiri, konsep ini mesti untuk menjimatkan air. Mungkin sebelum ini ada yang lalai membiarkan paip air terbuka. Ataupun ini adalah konsep era Renaissance? Ataupun ini merupakan salah satu galakkan untuk orang Itali bersenam kaki? Tetapi saya rasa jawapan pertama saya itu mungkin lebih tepat.

Keluar dari McDonald, kami sambung berjalan di kawasan sekitar tersebut. Melihat seni bina bangunan-bangunan dan membeli belah sedikit. Pulang ke Lugano selepas tiga jam kemudian.

around-milan

Post akan datang: Impian membeli jam SWATCH di Swiss tercapai di Geneva.

Kadar Penembusan Takaful ‘Masih Rendah Pada 5.2%’

Industri takaful di Malaysia mempunyai peluang yang besar untuk berkembang kerana kadar penembusan masih rendah pada 5.2% daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK).

Pengerusi Persatuan Takaful Malaysia Ahmad Rizlan Azman (gambar) berkata kadar penembusan yang rendah takaful di negara ini adalah disebabkan oleh kurangnya kesedaran mengenai produk takaful berkaitan serta isu kemampuan, terutama di kalangan segmen yang lebih rendah masyarakat.

“Dengan kadar penembusan rendah sebanyak 5.2% daripada KDNK pada tahun 2014 dan demografi golongan muda, peluang pertumbuhan pasaran yang belum diterokai oleh sektor insurans dan takaful adalah besar.

“Kita juga perlu memikirkan cara-cara inovatif untuk menembusi pasaran yang kurang diberi bagi produk takaful yang berkaitan. Satu kadar pertumbuhan sebanyak 12% -13% untuk pasaran takaful tahun ini adalah mungkin, walaupun kelembapan ekonomi, “kata beliau pada majlis pelancaran laporan Takaful Dynamics Malaysia di luar Forum Ekonomi Islam Sedunia ke-11 semalam.

Laporan Takaful Dynamics Malaysia telah dibangunkan bersama oleh Persatuan Takaful Malaysia dan Ernst & Young (EY) Malaysia. Ia adalah ringkasan pusat pertama di negara ini mengenai insurans Islam.

Menurut laporan itu, segmen takaful di Malaysia telah menyaksikan kadar 12.4% untuk kompoun pertumbuhan tahunan (CAGR) dalam tempoh lima tahun yang lalu, berbanding CAGR insurans konvensional sebanyak 7.8% dalam tempoh yang sama.

Produk takaful menyaksikan sumbangan bersih sebanyak RM6.3 bilion atau 13% daripada bahagian pasaran, manakala segmen insurans konvensional mencatatkan RM42.5 bilion.

Rakan kongsi EY Malaysia Brandon Bruce Sta Maria berkata dalam jangka sederhana hingga jangka panjang, potensi pertumbuhan bagi industri takaful akan bergantung kepada keupayaan untuk meneroka pasaran yang kurang dan meningkatkan kesedaran pengguna terhadap kesedaran takaful.

WA

Whatsapp Kami

Sumber

Lugano dan Cabaran Mencari Makanan Halal.

Sampai sudah kami di stesen keretapi Zurich, Switzerland. Zurich merupakan bandar terbesar di Swiss. Terletak di utara Swiss, Zurich merupakan hab pengangkutan keretapi dan jalanraya. Kebanyakan rakyat Swiss bukanlah dari Swiss tetapi mereka berhijrah dari German dan Itali. Mereka juga bukan sombong, tetapi mereka tidak pandai berbahasa Inggeris terutamanya golongan veteran. Jadi sebolehnya mereka akan elak daripada bercakap dengan orang asing. Pada mulanya juga saya menganggap mereka sombong. Jangan suka mengadili orang dengan mudah (Pelajaran kedua). Matawang yang digunakan ialah Swiss Franc. Saya membawa Swiss Franc dan Euro kerana Euro saya akan gunakan semasa di Milan juga di Paris.

Ambil masa juga masa nak membeli Euro Pass kerana petugas memerlukan banyak butiran tentang kami. Kelaparan. Cuaca sejuk memang akan buat saya jadi rakus dengan makanan. Kami memang sudah bersedia dari KL dengan membawa ‘bekalan’ makanan. Daripada siri rangkaian Brahim’s, Maggie, sardin … to name a few. Tetapi bekalan makanan tersebut hanyalah untuk satu minggu, jadi kami terpaksa juga nanti mencari makanan tempatan yang halal, sekurang-kurangnya kebab. Kami memang tidak bercadang untuk memasak kerana kami akan tinggal di hotel, bukannya apartment.

Menaiki keretapi ke Lugano dari Zurich mengambil masa enam jam. Kami memilih untuk tinggal di Lugano sebagai destinasi pertama kerana rancangan seterusnya iaitu pagi esok kami akan ke Milan, Itali. Milan hanya bersempadan dengan Lugano. Pemandangan yang cantik dan mengasyikkan memang mengujakan kami semua pada hari itu. Itulah kali pertama saya melihat gunung-ganang yang diliputi salji di atas puncaknya. Tak sengaja terkeluar dari mulut saya, “Inilah gunung yang selalu kakak nampak dalam movie! Sekarang boleh tengok depan mata! Eh eh! Nampak macam gula halus yang ditaburkan atas biskut!”. Sah kelaparan.

snow-mountains
Gambar yang diambil di atas keretapi yang sedang bergerak.

Oleh kerana hampir seharian perjalanan kami dari touch down di Frankfurt seterusnya ke Basel dan kemudian Zurich, masing-masing hanya melayan kecantikkan gunung saya pula memilih untuk tidur. Enam jam perjalanan, ibarat waktu tidur kita yang sempurna. Dengan harapan saya akan berasa segar semula apabila sampai ke destinasi yang dituju nanti. Siang pula panjang. Kena belajar menyesuaikan diri untuk tiga minggu akan datang.

Sampai di stesen keretapi Lugano jam 7 petang tetapi keadaannya seperti jam 4 petang. Macam mana nak tidur malam nanti. Pukul berapa agaknya betul-betul gelap. Check-in hotel pertama di Swiss. Kepenatan. Kami masuk ke bilik masing-masing, semak jadual solat. Waktu Maghrib ialah jam 9 malam, waktu Isyak jam 12 tengah malam. Subuh jam 3 pagi, Zohor 4 petang manakala Asar jam 7 malam. Kalau di Malaysia Maghrib jam 9 malam, seronok layan Doraemon atau Shin Chan pada setiap hari Sabtu selepas mengaji (kami ada kelas mengaji di rumah pada setiap hari Sabtu selama 2 jam, habis je cepat-cepat naik atas buka TV) dan dapat tengok semua siri drama di TV3 setiap hari (tak minat pun layan drama tapi kalau masa panjang terlayan juga). Tetapi yang ‘mencabarnya’ nak tunggu solat Isyak jam 12 tengah malam, bangun Subuh dah sama macam bangun nak solat sunat Tahajjud! Kami melakukan solak jamak, jadi selepas solat semua tertidur kepenatan. Yang daripada tadi semua kelaparan, tak ingat apa dah! Kami semua kepenatan sampaikan tak makan! Sedar-sedar dah jam 7 pagi, solat Subuh pun terlepas. Rasa bersalah menyelubungi diri. Hari ini mesti lebih baik dari semalam, nekad saya.

Beautiful view from my bed.
Beautiful view from my bed.

Part paling saya suka, makan! Kami turun untuk bersarapan di restoran hotel. Emak pesan makan selain daripada daging. Jenguk di meja buffet, ada roti, jem, mentega, buah dan telur rebus. OK, jadilah daripada tak ada langsung. Hari kedua di perantauan tak terasa rindu lagi dengan nasi lemak. Apa yang ada pagi itu sudah memadai sangat, yang penting buat saya ialah ada kopi, then everything will turn be a great day!

breakfast-lugano

Selesai makan, kami mengambil peluang untuk melihat apa yang ada di sekeliling hotel. Lugano terletak di selatan Switzerland, sempadan Itali. Lugano adalah tempat tarikan pengunjung kerana di sini telah melahirkan ramai selebriti, penghibur dan juga atlit-atlit yang berjaya yang digelar “Monte Carlo of Switzerland”. Lugano juga adalah kawasan yang ramai orang kaya tempatan datang berkunjung untuk membeli belah. Sini banyak kedai-kedai jenama yang ternama. Setelah berada dua hari di sini iaitu hari terakhir sebelum kami berpindah ke hotel seterusnya barulah kami ‘discover’ ada banyak kedai-kedai terutama di belakang hotel kami menginap! Rugi tak ‘explore’ awal-awal, siap ingatkan ini kawasan padang jarak padang terkukur! Belakang hotel rupanya syurga beli belah!

Switzerland adalah antara tempat yang paling bersih di dunia, udara sangat segar dan penduduknya boleh saya katakan bertamadun. Tiada masalah jenayah, sampah pun susah nak nampak di atas jalanraya. Peti ‘display’ barangan tidak langsung dibawa masuk ke kedai apabila kedai tutup. Semuanya berada di luar. Kalau di Malaysia, barangkali peti tersebut dipecahkan ataupun paling kreatif peti tersebut akan dibawa lari. Kedai mereka sangat bersih, lihat gambar cokelat di atas, cokleat-cokelat yang diletakkan begitu sahaja tanpa bertutup. Tiada lipas atau cicak yang akan datang curi-curi makan!

Post akan datang: Milan dan Tandas Uniknya.

Kena Tahan di Lapangan Terbang Frankfurt.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Tidaklah mereka menjelajah di muka bumi, supaya mereka mempunyai hati yang dapat memikirkan atau telinga dapat digunakan untuk mendengar? Kerana sebenarnya bukan mata yang buta, tetapi yang buta ialah hati dalam dada.” (Surah al-Hajj, ayat 46)

Sampai di Lapangan Terbang Frankfurt, German jam 8 pagi hari Ahad. Kami tak tidur di Frankfurt, kami di sini hanyalah untuk transit ke Zurich. Tahun-tahun sebelumnya semasa emak dan ayah mula-mula ke Swiss, penerbangan MAS terus ke Swiss. Tapi pada tahun kami pergi laluan tersebut telah dihentikan. Jadi kami terpaksa ke Frankfurt dahulu.

Bulan Mei di Eropah adalah musim Spring iaitu, musim selepas habis musim sejuk dan hampir masuk ke musim panas. Keadaan cuaca masa itu lebih kepada dingin. Angin lalu terasa sampai ke tulang. Saya ada bertanyakan kawan yang sedang belajar di Eropah ketika itu, kalau Spring di sana nak bawa wind breaker ke? Kawan jawab, “Tak payahlah, bukan sejuk sangat pun. Light jacket aje.” So bila kawan kata bawa light jacket je, dalam fikiran kita suhu mesti macam di Cameron Highlands. Masa sampai sana, Cameronlah sangat! Kawan kita tu dah hampir lima tahun di Paris, agaknya dah ‘kebal’ dengan cuaca sana. So I’ve asked a ‘wrong person’ about weather. Kita yang baru sampai rasa sejuk macam duduk dalam peti ais. Semasa Spring, waktu siangnya adalah lebih panjang daripada malam. Sampai di Frankfurt jam 8 pagi tetapi keadaan masa itu seperti jam 12 tengah hari. Matahari dah terpacak tinggi atas kepala bezanya, dingin! Amazed sekejap! OK, perkara pertama belajar tentang perubahan masa.

Selepas ambil beg, semasa hendak berjalan ke Imigresen, emak, ayah dan adik perempuan saya berjalan di hadapan. Saya dan adik lelaki berjalan santai tidak jauh dari mereka. Nampaklah dua orang polis tempatan memandang kepada kami berdua. Saya berasa tak sedap hati, sebab orang Eropah memang ‘takut’ dengan orang yang memakai tudung seperti saya, dan berjambang seperti adik lelaki saya. Tepat sangkaan saya, kami ditahan! Sudahlah ditahan, tanya dengan kasar pula. “Where are you both going?”. Dengan tenang. “Basel to Zurich.” “What is in the bag?.” OK, saya sudah panas hati. Saya mudah naik marah bila perkara nonsense berlaku. Sah! Ini mesti nak syak wasangka kami berdua ni pengebom berani mati. Cuba bertenang, “You can check them if you want to. But these two bags has passed through the check-point.” Masing-masing diam, mungkin fikir ada logik kata-kata saya lalu kami dilepaskan. Suspen juga, silap hari bulan mereka boleh cari pasal dengan kita dengan create stories sampai kami terpaksa ditahan untuk siasatan pula. Alhamdulillah tiada apa-apa.

Sekarang nak cari kaunter beli tiket kereta api ke Zurich. Kalau di Malaysia orang kita terkenal dengan sifat ramah tamahnya. Tapi kalau di German orangnya garang cuma nasib baik tak kejam macam Nazi, pengaruh Hitler agaknya. Serius, kita tanya di mana kaunter tiket untuk kali kedua nak dapatkan kepastian, pegawai lapangan terbang jawab, “Why? You don’t believe me?”, dengan nada tinggi. Emo sungguh orangnya. Jadikan cabaran pertama di negara orang. Nanti dah balik ke Malaysia, sila jangan buat perangai macam itu. Ambil iktibar (Pelajaran pertama).

Kepenatan, selepas beli tiket tunggu keretapi datang. Sedang duduk menunggu saya disapa oleh dua orang Mat Salleh. Masa itu saya tengah menguap rasanya. Mereka tanya. “Where are youbcome from?”. “I’m from Malaysia.” Dengan yakin menjawab sebab mesti mereka tahu di mana Malaysia. “Where is it?”. Mereka tanya Malaysia di mana. Masa itu tahun 2008, Facebook (nak juga kan sebut Facebook) dan rangkaian carian internet belum ada sepenuhnya, jadi kita tak accessible macam sekarang. Sekarang, maklumat di atas tangan, dihujung jari! (macam iklan rangkaian jalur lebar pula). Saya pernah dengar kawan-kawan saya yang di luar negara bagi tahu, kebanyakan mereka tak tahu Malaysia tapi tahu Kuala Lumpur. Pula dah! Ibu negara tahu, negara tak tahu. Saya pun jawab, “If you ever heard about our capital city Kuala Lumpur?”. “Yes!!! Kuala Lumpur!.” Tak borak banyak kereta api mereka tiba dahulu.

Two friendly American guys.
Two friendly American guys.

Keretapi kami sampai selang beberapa minit. Masuk tengok interior cantiknya! Ini keretapi ke syarikat hiasan dalaman! Free seat jadi saya pilih untuk duduk di tepi tingkap, my favorite seat view. Hari ini hari Ibu. Saya awal-awal dah bawa kad Mother’s Day dari KL yang dah siap-siap ditandatangani oleh semua adik-beradik termasuk abang yang tak dapat sertai trip kami. Emak sangat terharu dengan surprise yang kami beri!

Emak terharu dapat Mother's Day card. Ingat orang lupalah tu!
Emak terharu dapat Mother’s Day card. Ingat orang lupalah tu! Tengok interior keretapi, cantik kan?

Sambung duduk melihat pemandangan. Keretapi lalu di kawasan pedalaman di Frankfurt. Cantik menghijau. Perjalanan mengambil masa 1 jam ke Basel sebelum transit keretapi ke Zurich. Sampai di Basel, naik keretapi sampai ke Zurich. Nak kena beli Euro Pass untuk sebulan. Euro Pass ini adalah idea yang sangat bagus untuk pelancong-pelancong yang melancong ke Eropah. Beli pass tersebut untuk sekian tarikh, gunalah naik semua keretapi di negara-negara Eropah! Tak perlu beli tiket setiap kali nak naik keretapi. Di sana banyak jenis syarikat keretapi. Keretapi untuk pedalaman, bandar dan juga keretapi laju.

Post akan datang: Bermulalah perjalanan kami ke Switzerland dan bermulalah juga cabaran mencari makanan halal yang pertama.

train-station-zurich
Zurich train station.

Berita baik untuk penyewa rumah

Adakah anda sedang menyewa atau mencari untuk menyewa? Jika Ya, ini khabar gembira untuk anda.

Menurut akhbar The Star, Sewa yang dikenakan untuk unit-unit kondominium dijangka menurun sebanyak 20% hingga 40% disebabkan oleh lebihan bekalan: kerana banyaknya unit akan siap dan sedia untuk didiami, pembeli akan mendapati sukar untuk menjual unit mereka untuk harga yang baik dan keadaan ini memaksa mereka untuk menyewakan rumah dengan harga yang lebih rendah daripada harga pasaran yang biasa.

Menurut Siva Shanker, bekas presiden Institut Ejen Haratanah Malaysia (MIEA), keadaan ini berlaku kerana:

  • Pada tahun 2012, 2013 dan 2014 banyak hartanah dibeli atas sebab spekulasi oleh mereka yang mahu flip-iaitu menjual sebaik sahaja unit siap untuk didiami.
  • Ramai pembeli rumah membeli atas sebab terpengaruh dengan Pakar Hartanah yang boleh dipersoalkan kredibiliti dan kepakarannya.
  • Mereka menyatakan jika anda membeli satu unit berharga RM600,000 maka setelah unit siap anda boleh menjualkannya dengan harga RM900,000 dalam masa tiga tahun.
  • Pembeli membayangkan keuntungan RM300,000 atas angin. Sesetengahnya membeli dengan mengambil kesempatan kemudahan DIBS (Developers Interest – Bearing Scheme) dan 100% pembiayaan, walaupun pada hakikatnya mereka tidak mampu.
  • Kebanyakkan projek kondominium yang dibeli pada tahun 2012 dan 2013 ini akan siap pada tahun 2016 dan 2017.
  • Dengan kejatuhan ekonomi, ketidaktentuan politik dan regulasi bank yang semakin ketat, pemilik rumah yang merancang untuk menjual segera (flip) akan mendapati sukar mencari pembeli walaupun mereka menurunkan harga.
  • Bank tidak akan peduli tentang keadaan situasi pasaran hartanah dan pembeli tetap perlu membayar komitmen hutang pembiayaan rumah tersebut.
  • Sesetangah pembeli mungkin terpaksa kehilangan hartanah tersebut disebabkan oleh NPL, sesetengah yang lain boleh memmbayar komitmen dengan bank dan sebahagian yang lain memilih untuk menyewakan unit mereka dengan harga yang rendah.
  • Pemilik rumah mungkin terpaksa menurunkan harga sewa sehingga RM1500 sebulan daripada RM3500 sebulan.
  • Walaubagaimanapun menurut Siva, pasaran yang paling terjejas adalah kepada kategori kondo yang lingkungan harga RM500,000 – RM800,000,SoHo, SoVo dan SoFo.
Laporan Pasaran Hartanah
Laporan Pasaran Hartanah

Artikel penuh boleh anda baca di The Star