swiss

Advantura Melihat Negara-negara Eropah.

Saya bukanlah penulis terkenal. Hanya seorang blogger amatur yang telah diberi peluang untuk berkongsi pengalaman melancong. Pengalaman yang bakal saya kongsikan ini, akan membuka hati dan minda terutama kepada Muslim yang beragama Islam, InsyaAllah.

Melancong Adalah ‘Genetik’ Keluarga Saya.

DISEMBER 2007

Pada hari minggu bulan tersebut, tiba-tiba emak menyuarakan hasrat untuk melancong ke beberapa buah negara Eropah. Saya ingat emak cuma memberi cadangan sahaja, tak ada yang serius maka saya pun macam angin lalu sahaja lah. Kami adik-beradik telah diberi pendedahan melihat tempat orang sejak dari kecil lagi. Cuma ketika itu lebih kepada ‘Cuti-cuti Malaysia’. Bila saya dah ada duit sendiri, saya melancong ke Singapura bersama kawan. Hampir setiap tahun, pasti akan ke sana. (InsyaAllah saya akan kongsikan cerita penuh pada post akan datang ‘Advantura ke Negara-Negara Asia).

Emak dengan ayah memang suka mengembara. Kebanyakan pengembaraan mereka, kami adik-beradik tak dapat nak ikut sama sebab masih bersekolah ketika itu. Ayah mula mengembara ke Eropah bersama rakan-rakannya ketika saya masih di sekolah rendah. Ingat lagi semasa kami menghantar ayah ke Lapangan Terbang Subang (ketika itu belum ada KLIA). Ayah kata nak pergi German, United Kingdom dan Paris. I was like, kat mana semua tu? Ye lah, masa tu umur sembilan tahun, tak terfikir nak tengok peta. OK, tapi tahu tempat tu jauh. Tempat orang putih. Dua minggu ayah pergi. Ayah bawa balik poskad-poskad dan juga sebatang pen yang awesome bagi saya ketika itu. Dalam pen itu ada air, ada kapal juga. Setiap kali saya mengiringkan pen tersebut, jambatan akan naik bagi memberi laluan kepada kapal tersebut lalu. Masa tu tak tau fasal London Bridge.

Emak pula mula pergi ke negara orang semasa saya berumur 15 tahun. Emak bekerja sambil belajar masa tu. Tak lama, hanya sebulan di United Kingdom, Land of Prince Harry. Masa itulah saya mula tahu tentang perbezaan waktu dan pertukaran mata wang. Cerita dengan kawan-kawan sekolah masa itu dia orang masih tak faham. OK, saya rasa saya macam terlebih ilmu masa tu. Emak bawa balik cerita-cerita menarik juga jam tangan dan poskad buat saya. Mak beria-ia cerita “Mak merasa salji kat sana”. Masa itu macam tak ambil port, main salji… kenapa excited sangat.

Masa umur saya 14 tahun, ayah menghadiahkan saya seutas jam tangan SWATCH. Dari saat itu, saya menjadi pengumpul jam SWATCH. Pada jam tersebut ada tulis ‘Made in Swiss’. Maka, pada umur saya 15 tahun (waktu itu saya telah pun ada dua utas jam SWATCH) terus memasang cita-cita satu hari nanti kalau dapat pergi Swiss, saya nak beli satu SWATCH dari sana! From the origin country.

Persediaan Sebelum Memulakan Perjalanan.

FEBRUARI 2008

Kembali kepada cerita persediaan saya untuk bercuti ke Eropah. Saya tidak bersedia apa-apa. Masuk bulan Februari 2008, emak minta saya tempahkan tiket kapal terbang. Masa itu baru saya tahu emak betul-betul serius nak kami pergi melancong! Masa itu saya susah nak dapat cuti, kerja dengan advertising agency bukan sahaja menuntut kami bekerja lebih masa, malah team work. Lebih-lebih lagi apabila ada projek. Nak beli tiket bulan Februari untuk pergi bulan Mei. Three months to go I afraid kalau last minute tak dapat pergi, takkan nak burn the flight ticket?

Esok nya hari Isnin, masuk ofis terus jumpa team mate saya. Tanya pendapat mereka kalau saya tiada dalam masa 30 hari. Team mate saya sangat memahami dan memberi sokongan untuk saya pergi bercuti. Masuk kerja terus jumpa Boss. Perbincangan dengan dua orang boss pun bermula. Saya menyuarakan hasrat untuk meminta on leave pada bulan Mei selama satu bulan untuk melancong ke Eropah. Dalam hati berdebar juga. Alhamdulillah, kedua-dua boss juga sangat sporting. Maka, balik tu belilah tiket penerbangan ke Frankfurt, German.

Sejak itu selepas pulang dari kerja, emak, adik dan saya akan mencari hotel di untuk penginapan di Switzerland dan Paris, sediakan itinerary perjalanan dan juga booking hotel. Kami terpaksa buat urusan tersebut pada tengah malam kerana perbezaan waktu. Masa itu lah nak faks bukti pembayaran, call untuk pertanyaan (masa itu belum ada payment via online) semua terpaksa menggunakan faks.

APRIL 2008

Dua minggu sebelum berangkat, tiba-tiba kena handle satu projek besar. Dah gabra masa itu. Dugaan nak gi bercuti namanya. Saya berserah sahaja, semoga dapat siapkan kerja sebelum saya pergi. Alhamdulillah kerja tersebut siap sebelum waktunya.

MEI 2008

Rezeki saya murah ketika itu, dua hari sebelum saya mula bercuti Boss panggil saya masuk ke dalam ofis mereka dan memberikan saya ‘wang poket’ untuk percutian saya. Saya ingat berapa sahaja dapat, bila masuk kereta on the way nak bank in saya tengok dalam sampul dapat RM2,000 juga lah! Memang rezeki saya waktu itu. Nak kata kesayangan boss tak mungkin sebab saya selalu bergaduh dengan boss. Boss suka dengan staf yang bergaduh dengan mereka rupanya.

Penerbangan saya  ialah pada hari Sabtu, jam 12 tengah malam. Pagi itu sempat lagi saya kerja separuh hari. Balik jam 1 petang, sahabat saya Hanim ajak makan di Oldtown. Katanya nak belanja saya makan mee kari kegemaran saya di Oldtown. Dia cakap, nanti rindu sebulan tak dapat makan mee kari. Masa itu terlalu gembira memikirkan penerbangan malam nanti, makan pun jadi tak lalu.

Selepas Asar, saya bawa semua beg turun. Kami lima orang semuanya, tapi beg ada tujuh (dua lagi bag makanan!) Saya ditugaskan untuk menyusun semua beg di ruang tamu, pastikan semua beg ada tag nama dan saya pegang semua passport. Jam 8 malam, kami bertolak ke KLIA. Sampai sana jam 9.30 malam, masuk balai berlepas jam 11 malam. Penerbangan kami yang sepatutnya jam 12.00 malam, ditangguhkan ke jam 12.30 malam. Saya tak rasa mengantuk malahan saya berasa takut. Saya takut naik kapal terbang, selain takutkan lipas dan belon.

on-the-plane
Sunrise up above the skies.

Setelah dapat pengumuman masuk ke kapal terbang, saya macam biasa la buat-buat relax tapi tak relax mana pun. Kami berlepas dalam keadaan cuaca buruk. Masa itu hujan lebat dan petir. Dah la takut naik kapal terbang, take-off dalam keadaan macam itu pula. Selama 10 minit kami tak dibenarkan buka tali pinggang selepas take-off. Kapal terbang bergegar. Saya hanya berdoa. Masa itu teringat pula cerita Final Destination. Cis! Masa ini lah nak teringat cerita macam itu.  Macam mana lah saya nak survive for another 12 hours dalam flight. Saya buat-buat tidur sampailah saya tertidur betul-betul.

Pagi nya, pramugari mengejutkan kami semua dengan bertanyakan nak makan apa. Masa itu pilihan yang diberi ialah sama ada fish n chips atau pun nasi lemak. Saya dengan ‘angkuhnya’ jawab fish n chips! Ye lah kan, semalam baru lepas makan nasi lemak, rasa jemu (kau tunggulah next 1 week kat negara orang).

Post akan datang: Kena Tahan di Lapangan Terbang Frankfurt, German.

frankfurt

Published by

Hasz Hassan

Seorang yang sukakan cabaran. Tetapi apabila cabaran datang, pening kepala. Selalu ingin jadi lain daripada yang lain. Seorang yang menghargai seni. Berpeluang melancong ke beberapa negara di Eropah, Thailand, Singapura dan Indonesia. Hidup berprinsipkan 'kalau tidak cuba tidak tahu apa akan berlaku' yang dahulunya tidak terfikir akan mempunyai syarikat sendiri kini telah mempunyai 'design house' yang telah beroperasi selama tiga tahun. Dengan rendah diri, semoga kisah-kisah yang dikongsikan dapat memberi inspirasi kepada yang membaca.