afdlin01

9 Nasihat Afdlin Shauki Kepada Perunding Takaful

Malah nasihat ini sesuai untuk semua usahawan.

Ramai yang pernah menonton Afdlin Shauki di televisyen atau pun layar lebar. Ramai yang telah terhibur dengan jenaka beliau dalam rancangan komedi lakonan beliau. Namun, mungkin kita jarang dapat mendengar perkongsian Afdlin tentang formula kejayaan beliau dalam industri hiburan tanah air.

Pada 24 Oktober yang lalu, Great Eastern Takaful telah membawa insan ini berkongsi kisah perjalanan kejayaan beliau sebagai pedoman untuk perunding takaful berdepan dengan dunia bisnes masakini. Beliau bukan hanya seorang artis, tetapi beliau adalah seorang usahawan, penerbit, pengarah, pelakon, pelawak, penyanyi dan pencetus.

afdlin2

9 formula yang perlu ada untuk berjaya dalam apa jua bisnes mengikut Afdlin adalah:

1) Tujuan Jelas

Kenapa anda buat bisnes ini. Why?. Bila anda jelas dengan kenapa anda buat bisnes insyaAllah anda akan sentiasa termotivasi. Tips: Kumpulkan visual seperti foto-foto yang menjelaskan tujuan atau impian anda untuk menjalankan bisnes dan jadikan ia satu video dengan lagu saundtrack yang mantap. Simpan video ini dalam telefon pintar anda.

2) Aksi

Apabila anda jelas tentang matlamat atau tujuan anda buat bisnes, aksi atau tindakan perlu menyusul untuk menjurus ke arah matlamat. Akan ada masa anda mahu down. TETAPI mainkan video ‘why anda’ setiap kali anda terfikir mahu berputus asa. Anda akan kembali bersemangat.

3) Suka

Pilih profesion yang anda suka. Kita lebih seronok untuk berkerja jika kita suka apa yang kita lakukan walaupun apa cabaran pun yang datang. Resistance dalam diri pun akan kurang. Seperti dalam teori Law of Attraction, anda akan terima apa yang ada dalam fikiran anda.

4) Ilmu

Kenapa di sini ada banyak training room? (merujuk kepada level 6 Great Eastern Mall yang menempatkan Centre of Excellence). Ini kerana ilmu itu penting. Sebagai penerbit rancangan televisyen pun, saya suka melakukan research kerana anda tidak akan boleh melakukan sesuatu tanpa ada pengetahuan tentangnya. Saya suka research.

5) Positif

Jangan berkawan dengan rakan yang negatif. Anda akan tahu melalui apa yang keluar dari percakapan mereka. Contohnya jika anda tiada jualan pada hari itu, rakan yang positif akan berkata “tidak mengapa, nanti mesti akan ada sales” dan bukannya terus meratap.

Tips;

  • Gunakan headphone yang bagus (tapis apa yang anda dengar).
  • Jika anda berada di suatu tempat yang tidak positif, anda cubalah ubah. Jika tidak boleh ubah, tinggalkannya.
  • Orang yang negatif ini seperti skin tag, bukan sahaja annoying, malahan tiada berfungsi.
  • Jika anda ada GREAT WHY, ianya akan memberikan energi positif. Contohnya jika anda tahu anda akan masuk syurga, kita akan seronok.

6) Emosi

Kepintaran emosi penting. Jangan terlalu ikut emosi. Ramai orang turutkan emosi semasa membeli. Kenapa beli tudung? sedangkan anda sudah ada tudung?. Kenapa beli lagi baju sedangkan anda sudah ada baju?. Ini adalah kerana mainan emosi. Sebagai pengarah, apa yang kami lakukan adalah memancing emosi penonton yang menonton iklan yang saya arahkan supaya mereka membeli.

Minda orang kaya adalah tangguhkan gratification. Contohnya jika saya mahu beli kasut berharga RM1k, saya tidak terus beli tetapi saya gunakan RM1k untuk cetak tshirt dan jual tshirt tersebut. Untung dari jual tshirt ini saya akan guna RM1k untuk membeli kasut yang saya inginkan itu.

7) Cikgu

Anda perlu ada cikgu atau mentor. Ini kerana jika anda copy sistem yang mentor anda lakukan, anda boleh duplikasi kejayaan tersebut.

8) Anjakan

Ini yang kita selalu kata anjakan paradigma. Fikir di luar kotak. Ramai orang berjaya sebab melakukan sesuatu yang orang lain tak berani lakukan. Untuk menjadi outstanding anda mesti sanggup ambil risiko. Ramai orang berjaya ambil risiko yang besar seperti Biil Gates dan Steve Job. Contohnya program televisyen yang saya buat tidak akan dipilih oelh astro warna jika ianya sama sahaja dengan program orang lain.

9) Hero

Jadilah hero, sekurang-kurangnya dalam diri anda sendiri. Anda adalah bintang dalam hidup anda. Hero sentiasa percaya apa yang dia lakukan. Hero itu tidak mudah mengalah. Anda adalah hero yang mengatakan..impossible is nothing. Tingkatkan keyakinan anda, selalu nyatakan dalam diri bahawa  I am the star of my life.

I am the star of my life.supersol

Jika anda merasakan tips ini bagus, sila klik butang KONGSI dibawah.

Published by

Solleh

Solleh adalah Pengurus Unit di Great Eastern Takaful yang mempunyai sistem untuk membantu anda membina agensi takaful anda sendiri. Selain itu, beliau aktif dalam social entreprenuer sebagai Pengerusi, Persatuan Kebajikan Projek Iqra' SeMalaysia yang membantu membaiki tahap pendidikan dan kebajikan kanak-kanak dan remaja yang yang kurang berkemampuan di rumah kebajikan atau komuniti setempat.

2 thoughts on “9 Nasihat Afdlin Shauki Kepada Perunding Takaful”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *